KURSUS KAD HIJAU CIDB

Apa itu Kad Hijau CIDB?

Ia adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.

Mengapa anda mesti mendaftar?

  • Memastikan Pekerja Binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat
  • Memberi pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Pembinaan
  • Memaklumkan Pekerja Binaan mengenai keperluan undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan.

Ia secara automatik meliputi pemegang kad dengan Skim Insurans khas yang menginsuranskan Personel Binaan terhadap kematian dan kemalangan.

Faedah Kad Hijau CIDB

  • Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
  • Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.
  • Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
  • Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.
  • Mendapat pengetahuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kerana anda akan menghadiri kursus percuma anjuran CIDB.
  • Memberi peluang memperolehi pekerjaan samaada kerja tetap atau sampingan. Ini kerana kebanyakkan syarikat di Malaysia mewajibkan pekerja mempunyai Kad Hijau untuk menjalankan sebarang kerja di premis mereka sama ada melibatkan kerja-kerja pembinaan, mekanikal atau elektrikal.


Cara Mendaftar Secara ATAS TALIAN

  • Daftar sekarang klik di sini DAFTAR untuk mendaftar kursus kad hijau CIDB
  • Pilih negeri pulau pinang
  • Pilih Lokasi Latihan NOSH Global Sdn bhd
  • Klik daftar
  • Masukkan maklumat yang diperlukan. 

ATAU datang ke kaunter NOSH Golbal Sdn Bhd bersama salinan kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 04-5307426/015-48710047/ 015-48710048